Tuesday, December 28, 2010

SELAMAT HARI LAHIR


Hari ini Harinya


Hari Lahir Saya

ada sape-sape nak bagi HADIAH
(
mcam hadiah kak gebu 2)

saya terima

hehehhehe



NAZIRATUL AIN
SELAMAT HARI LAHIR


MOGA BERTAMBAH MATANG


Thursday, December 9, 2010

AIR

HAI
Hidup
tak selalu indah
tak selalu bahagia
tak selalu senang
Kadang-kadang tak ada air
uum tengah dilanda krisis air

hahahahaha

Gila punya set induksi

UUM
Tolongala
Kembalikan Air kami
hahahahaha


p/s: habisla kulit aku yg mulus nie...

Tuesday, December 7, 2010

Salam MaaL HijraH


HAI
Salam Maal Hijrah
(x terlewat lagi rasanya)

HIJRAH MINDA
HIJRAH SIKAP
HIJRAH EMOSI

Hijrah itu
Terletak pada diri
Kita yang tentukan

HIJRAH saya
Menjadi Lebih Baik

Wednesday, December 1, 2010

HAI LAH HATI

SAYA SUKA
BUKAN BERMAKNA
SAYA CINTA
SAYA CINTA
BERMAKNA
SAYA SUKA

CUKUP
BERHENTI BERANGAN
JAGA DARI MIMPI
CUKUP TERBANG

AWAK
SAMPAI MATI
SEPENUH HATI
SAYA BUKAN MILIK AWAK

BAYANG-BAYANG PUN
TAK MUNGKIN AWAK DAKAP

AMBIK BALIK
HATI
MAAF
IANYA PECAH
TITIK






Saturday, November 27, 2010

JIWA KACAU

salam
semalam ibu call
tanya
'k.yong ada duit'...'k.yong sihat'
ibu g klinik semalam
ada darah tinggi sikit
padan la pening-pening kepala


TERDIAM
air mata mengalir
mula berfikir benda pelik-pelik





Rasa macam nak balik ipoh
tapi ibu tak bagi

YA ALLAH
SIHATKAN IBU SAYA




2 a.m
aku nagis sedu sedan
telefon abg
tq dengar ain nangs,
ain tak tahu nk nangis kat sape
tq wat suara sengau sebab nak bagi ain gelak
jgn wat suara sengau 2 dah
...hodoh tau x...


Monday, November 1, 2010

TAK SEPERTI YANG DIRANCANG



Patutnya EN.HENSEM saya konvo hari nie

Matahari muncul
tapi
Konvo Tunda
Sabar yea SAYANG
Ada HIKMAH

Monday, October 25, 2010

Kaunselor Pelatih Anda

SAYA SANGAT SIBUK




Laporan Sesi individu dan kelompok= 100 jam
Log aktiviti Harian
Log perkhidmatan
Fail Bimbingan
Rakaman individu dan kelompok
Kajian kes
Laporan Pratikum




p/s: saya nak g penang sabtu nie...En.Hensem kata kalau tak siap tak payah pergi..En.Hensem saya agak kejam kan...

Monday, October 18, 2010

IDHAM IKHWAN



SELAMAT HARI LAHIR IDHAM IKHWAN a.k.a ANGAH

WALAUPUN KO ADIK YANG SELALU MENGANIAYA KAKAKNYA
TAPI K.YONG SAYANG KO

aku kata ko jambu, ko marah..tapi ko tgk la rupa ko..(hehehhe)


Moga kamu berjaya dunia akhirat, jadi anak yang baik, capai cita-cita dalam hidup dan diberkati oleh YANG BERKUASA

Dia da request hadiah.
Topup je nak nya
Jimat duit kakaknya
(hehehhehe)





A LOT OF LOVE
-kak yong-

Sunday, October 10, 2010

SISTEM PESANAN RINGKAS

FROM: EN.HENSEM
SENT: 10.102010, 2.56PM

Sekilas ikan di air, ku tahu jantan betinanya
Setiap SMS mu ku tahu mana yang meroyan, mana yang tidak
HEHEHE
Apa pun sory buat U terasa
Lupa lak, U pun manusia biasa
Bukan setiap masa U jadi AIN yang kalis sentap
JAGA DIRI
Ingatlah semua yang berlaku ada hikmahnya
Ayat ini mungkin klise
Tapi itu la hakikat
Kita manusia
Ada perasaan
Mesin pun boleh jem
Inikan manusia yang lemah
Namun, Tak salah untuk kita melayan perasaan
Cuma, Bagaimana cara n kaedahnya sahaja
Kesimpulannya
Bahagia kita mungkin bukan hari ini
Tapi siapa tahu
ESOK, terjadi
Jadilah diri sendiri
Biarlah apa orang nak kata
Bukan mereka yang menghidupkan kita
DAN
Mana yang dah pergi
Biarkan pergi
Akan ada yang lebih baik
Satu hari nanti
Mana yang dah tiada
Hanya doa untuk dia di 'SANA'
Apa pun
JAGA DIRI
wahai CANTIK MANIS
Once Again
Minta Maaf ya
XOXO



air mata saya turun laju-laju baca msg nie

Sayang
awak tak salah

(
sume orang pelik kenapa i nangis, i tgh meeting tau)

Thursday, September 30, 2010

Kisah Raya Saya Di UUM (Part II)


Bersama Pak Abu dan family, Terima Kasih atas Jemputan

En.Shahir dan Kak Zah yang sangat baik...nnt kami datang lagi yea....

mak sangat galmour pda hari itu

ain mcam budak yang baik


kami PINK yang gediksz..hahahah


aku suka gambar nie! tq cik nisak..

SENYUMMMMM....!!!

with za yg sopan


bju hijau: rumah En Shahir dan Dato' Abu Seman
bju pink: HEP UUM


p/s:Khamis nie ada jamuan lagi..bersama dengan juior-junior .hahahahah seronoknya..bergaya dan makan adalah hiburan yang sangat enak!



Wednesday, September 29, 2010

Kisah Raya Saya Di UUM


Sebelum bertolak..i laga-laga pipi tue dgn alang (mklumla dlam hati ada cinta)..tangan aku pgang selipar..hahahahha


aku bertudung oren..apa ABG ckap 2 yea...lupa LAH....ida semangat ayam senyum, ida yg pkai tudung kelabu tue, waktu ni kaki dia x seliuh lagi..sekarang kaki dia dah seliuh...sian dia



Destinasi pertama rumah ABG NIZAM eh silap EN.HANIZAM..hehehhe (maaf en.nizam..gurau) Bersama BONDA En.Hanizam...mak cik, pilih2 mna satu berkenan di hati...untung-untung jadi menantu..kui9


Hahaha nah kome..apa nak kabokan pada mak bapak deme ni wei..tgh2 alam deme melekat...kui9..lawak diaorg nie...(aku msih lagi gelak)



Rumah ENCI MAT...Terima Kasih En. Mat atas tunjuk ajar.



Aku dengan anak kak lang..muka dia sama dengan kak lang..saling x tumpah..'hai bby, ini ain' hahahaha



Sebakul Buah-buahan di rumah MOHD PESONA....Terima Kasih atas Jemputan ke
Taman Sayang....

Align Center
Bersama Tuan Rumah..kamu lepaking di sini agak lama..bergosip-gosip pasal ART THERAPHY













p/s: tadi bru pas pg jamuan HEP, esok akan ke rumah PAK ABU dan En.SHAHIR nnt sya uplad lagi...thun ni bnyak betul OPEN HOUSE...

Sunday, September 26, 2010

Saya Tidak Sepi

RAMADHAN LALU
BILA SAYA KE SANA
KITA MASIH LAGI BERSAMA


SYAWAL KINI

BILA SAYA KE SANA
KITA TIDAK LAGI BERSAMA


SEKEJAP SUNGGUH RASANYA

NAMUN
KITA TIDAK MUNGKIN LAGI BERSAMA
WALAUPUN SETIAP HARI SAYA KESANA




(S.M.S)
DIA: awak masih SENDIRI?

SAYA:tidak, saya ada keluarga saya yang sentiasa akan sayang saya, abg yang sentiasa mendengar saya bercerita,kawan-kawan yang sentiasa buat saya ketawa..jadinya saya tidak mungkin SENDIRI!


(kadang-kadang kita perlu bersendirian)

Wednesday, September 22, 2010

ITULAH SAYA

Saya memang CANTIK

Saya memang COMEL

Saya memang HOT



Kau ada masalah perempuan

Aku tak kisah dengan kau


Bukan kau yang bagi aku makan kan

Jadi teruskanlah hidup kau untuk menyibuk hal aku

Mungkin ko rasa tak selamat dan diancam


Sedangkan aku tak pernah mahu tahu pasal hidup kau


Terima kasih selalu mengunjung ke blog saya yang tak seberapa nie

Saya menghargainya

(^____________________*)




buat la apapun aslkan engkau puas hati...kerana apa pun pandangan engkau


SAYA TETAP NAZIRATUL AIN

MASIH LAGI SYAWAL

Salam  SYAWAL

Masih terasa kemeriahan syawal walau dah blik kampus, memenuhi undangan majlis hari raya sana sini..makan dan makan..berat badan akan bertambah berat..lagipun selama nie saya tak ringan mana…hahahahha

Raya hari tue saya sibuk sangat.. sehingga tak sempat mengupdate blog...jeles rasanya bila org lain berduyun-duyun upload gambar dlm facebook…saya tangkap gambar pun tak sempat..hari nak hujan jadi kami terkejar-kejar ke kubur..kata ibu ke kubur lagi penting dri tangkap gambar..kata-kata beliau memang betul..jadi mengalah lah(baiknya anak perm BASHARIAH..hehehehe).Terima Kasih yang berjuta-juta untuk mereka yang berbesar hati memberikan saya duit raya…jumlahnya tak adala banyak sangat tapi klu setakat nak ke Amesterdam 2 x ada masalah lah..hahahahhaha

Bila pulang ke kampus macam biasalah..asignment dan assignment….report dan report… saya sangat tensen mahu menulis report nie…macam mana saya nak cukupkan 100 jam bersama klien…rasa nak muntah bila mendengarnya…harap TUHAN permudahkan segalanya…AMIN…mujur ada YAYANG saya yang selalu tolong saya..sya syang kamu bnyak semutlah YAYANG..hahahhaha

Sabtu nie edu kauns kohort perdana 2 akan beraya ke rumah pensyarah-pensyarah…hurm tak sabarnya..melawa itu wajib..hahahahha…nanti kita snap gmbr bnyk-bnyk yea kawan-kawan..

Wednesday, September 8, 2010

SeLAmAT TinGGAL RAMADHAN

Sedar tak sedar sudah sebulan kita berpuasa...maknanya ini puasa terakhir kita bg tahun ini...SYUKUR kita masih di beri kesempatan meraikan LEBARAN...Moga kita masih diberi peluang menyambut RAMADHAN tahun depan

Orang sibuk buat E-CARD, teringin jugak..tapi tak diberi kesempatan melakukannya...saya sibuk melayan karenahPERMAISURI AGUNG (ibu) dan HERO-HERO(adik-adik) saya,sepanjang cuti ni. ..moga saya sudah melakukan persiapan yang sempurna untuk MEREKA..itu sahaja mampu saya lakukan.

Seperti sudah menjadi SKRIP di HARI RAYA...insan akan saling bermaafan atas keterlanjuran, kelancangan dan keterlangsangan mulut atau tingkah laku.


Akhir sekali buat semua PEGHUNI HATI NAZIRATUL AIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
"MAAF ZAHIR BATIN"






p/s: thun nie keluarga pak ayob bertemakan HIJAU...




Friday, September 3, 2010

BERLARI ITU SENAMAN

Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu

Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak perlu kau menyakiti

Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu

Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak mahu kau menyakiti

Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu



p/S: aku dah berjaya berlari dari DIA! TAHNIAH CANTIK....MOGA KAMU DAPAT PELANGI YANG LEBIH INDAH

Monday, August 30, 2010

SALJI



Rasa macam ada SALJI turun dalam HATI
Biarlah
Walaupun dia datang ikut musim dan ianya akan pergi juga nanti
tapi ianya tetap menyejukkan
HATI ini
SAYANG EN.SALJI

Friday, August 27, 2010

Sem BerapaKAH Naziratul Ain

Junior sem 1: kak ni sem bpe shamsul...sem 3 ke?

Shamsul: kak ni sem 7 dah...senior kita paling tua nie...

Kak cantik : senyum kepit-kepit...♥♥

Junior sem 1: lor ingat sem 3...comel...ceria kak nie...suka tengok...


Pewh....aku rasa nak bunuh diri kot....Naziratul Ain SEM 7 yea...bkan SEM 3..hahahha


apa pun pada adik junior yang sya tkj tahu nama...terima kasih wat saya rasa Muda(~_^)

MaLaM ItU IndAh


Majlis Berbula Puasa Pendidikan(Bimbingan & Kaunseling) 
Kohort 2 Perdana
Di
Regency Hotel



GG dan GBS yang OVER

Selamat Berbuka Awak(^______^)

Abe kata "make bnyok....abe belanjo male nie"


Dalam L.O.V.E ada Air Bandung

With Za yang banyak baju

Terkejut la Sangat





Saya sangat seronok malam itu

"TERIMA KASIH KALIAN"

Wednesday, August 11, 2010

MAAF AKU TERPAKSA BERDUSTA

SEMALAM
Sume orang wat muka terkejut NAZIRATUL AIN tak balik kampung...x sangka la..apa la...macam tak percaya la...hahaah..aku rasa mcam bangga lak....dengan bangga aku jawab GULA HATI di UUM

HARI NIE
NAZIRATUL AIN rasa sayu lol x blik kampung....serius rasa nak nangis....aku benci perasaan nie..GULA HATI pun dah x mendatangkan keseronokkan....bila IDHAM asyik menceritakan keseronokkan berbuka di rumah...aku kena balik IPOH....pedulikan apa orang nak cakap semalam...sume tertipu dengan psikodrama aku...hheheheheh

ESOK
NAZIRATUL AIN akan balik kampung....IDHAM ambik saya yea...




p/s:tjuk entry aku sweet kan...kan...kan....

Monday, August 9, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

Ramadhan datang lagi…Dengan kehadirannya seperti menanti kunjungan kekasih yang dirindui dan dicintai sepenuh hati..Apabila bersua, rasanya tidak mahu berpisah walau sedetik..

Selamat menjalani ibadah berpuasa, bersama-sama kita berlumba-lumba mencari keredaan & keberkatan Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini menjadi penawar kepada dosa-dosa yang telah lalu..seumpana mengutip emas yang bergelimpangan bertaburan turun dari langit… sama-samalah kita manfaatkan ia sepenuhnya kerana mungkin kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita… InsyaAllah.





Selamat Berpuasa

  • Ibu,angah,adik,acu,opah,mak uda,dhia dan danial...keluarga saya...nyawa saya
  • Shah,nita,alang dan judth (jud x(pose pun)....insan yang sentiasa bersama saya sempena ramadhan ini.
  • Kawan-kawan yang jauh dari pandangan mata (sara,shida dan husna)
  • Tak lupa buat kamu semua yang rajin melayan karenah saya..=p




Sunday, August 8, 2010

PAgi yANg cANtIk

JAM:6.38

Aku nak g mandi...dengan rambut yang berserabai....hanya bertuala....ada junior pegang aku dan berkata...COMELNYA KAK AIN NIE!!!!!!..........wah!!!!!! tersipu2 aku malu LOL..... pada kamu yang dah wat pagi sya segar...terima kasih yea...nama kamu pun saya x tahu.....

rambut berserabai macam tue pun dikatakan comel....belum aku makeup 8 inci ag..apa jdi agaknya...wawawawa.....


Wednesday, August 4, 2010

Nota untuk seorang lelaki yang pernah bertaktha di hatii..


Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut... Demi tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya..

Saya telah menolak cinta awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak....

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.... saya tak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak.. Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yg paling dalam... Lemas dan hampir tenggelam... dalam lautan kasih sayang, seribu impian, dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu...

Bagai merpati putih cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati awak... nyata saya tak temuinya..... Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya... awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yg tak mampu saya selam.... disana saya tak mampu melihat cahaya.. Awak beri saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yg menyalakan api dan membakar saya dalam diam...

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yg sebenarnya awak cari.... Tapi jauh disudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tak akan pernah dewasa..... Atau mungkin juga.. awak belum pernah benar2 jatuh cinta pada seseorang... Jadi, selama ini siapa saya dihati awak...????

Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?

Siapa yg memujuk saya untuk membuka pintu hati?

Siapa yg mengajar saya,bahawa Cinta itu perlukan pengorbanan?

Siapa yg memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??


awak.....

Awak mungkin jenis lelaki yg boleh menyintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yg percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkhawinan....

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.......

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yg saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap..

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada disisi saya... setiap saat saya mengingati awak... seumur hidup ini saya mencintai awak...

Awak...

Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya....

'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan bisu buat selamanya....'

'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya, Meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini...(awak tak pernah tahu).

Semuanya untuk awak, tapi satu jer.. yg tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya....

Seseorang pernah berkata,

'If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place.....'

Awak.......

Kerana saya mencintai awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak.... saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yg awak cari.... Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti cinta yang sebenar... supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang.... dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.....

Awak.....

saya percaya pada tuhan yg mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah disebalik semua ini.... dan saya tak akan menyoal... saya juga tak pernah kesal.... sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya.... itu bukan harapan saya... tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan... Dan kalaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yg terbaik...

Ikhlas:
Wanita Yang Pernah Menyayangimu Sepenuh Hati

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________




p/s: aku jumpa nota nie dari se2orang...dalam hati aku cakap...ada perempuan mcam nie..celakeji punya jantan..apa pun nasihat aku yang agak kejam..lupakan dia yang pernah buat kamu derita kerana dia bukan orang yang baik....kamu punya hak untuk hidup bahagia....percayalah kamu akan lebih bahagia jika kamu melupakan dia..=)

Tuesday, August 3, 2010

DEMAM II

Alhamdulilah..hari ketiga aku dah semakin sihat...syukur pada tuhan....hari nie aku mengedik pergi ikut kawan2 aku tempah mkan dan tempah bus..yang seronoknya kan...abg telah buat aku jatuh cinta padanya(hahhahahaha)...tapi x adala rasa macam nak khawin dengan dia...

abg sangat romantik....bukak dan tutup pintu kereta untuk aku...perkara yang simple..tapi cukup buat aku tersentuh....padan la akak pun leh cair dengan abg hehehehhehehe.....oit...boyfren aku tak tentu lagi nak wat macam tue tau.....

Pada kamu semua yang bertanya khabar..memesan makan ubat....TERIMA KASIH.....Hanya TUHAN je mampu balas budi kalian semua.....

Ramai gila budak kos aku demam...demam srtess agaknya...harap sangat prog nie berjaya dan usaha kami berbaloi-baloi....










alang:ain mkan ubat
aku: yea la....(hentak2 kaki)





Monday, August 2, 2010

DEMAM

Dengan Juraian air mata saya nak ucapkan terima kasih pada kalian.

TERIMA KASIH pada JUDITH yang berlari ke blik saya membawa ubat dan bubur
TERIMA KASIH pada IBU yang tak putus-putus telefon
TERIMA KASIH pada ALANG yang mengajak saya ke PUSAT KESIHATAN
TERIMA KASIH pada SHAH yang menghantar ke PUSAT KESIHATAN
TERIMA KASIH pada NITA yang menghantar mesej tak putus-putus
TERIMA KASIH pada NAZRUL HAFIZ yang sangat mengambil berat
TERIMA KASIH pada REDZUAN yang menelefon walaupun saya tak angkat
TERIMA KASIH pada ROSSA JUWITA yang memberi ubat dan menjaga saya sepanjang saya di dalam bilik



kalian buat saya rasa dihargai....TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA....



Saturday, July 31, 2010

GELANG SEMANGAT






GELANG KAYU BIASA YANG SAYA SANGAT SAYANG












nota: terima kasih sayang!

Tuesday, July 27, 2010

BIG APPLE or DUNKIN DONOUT?

PIPI AIN SUDAH TAK BOLEH DIKAWAL

AKU BENCI PIPI AKU(tpi asal mka aku senyum)










SAYA SUDAH PUNYA BILIK SENDIRI...FEEL MACAM LECTURE LA PLAK....datang la melawat...BPSM 221....

setakat ini sahaja.....
aku saja nak tunjuk pipi aku yang macam DONUT...

Saturday, July 24, 2010

CINTA HATI GBS




En.Fail-En.Fail.....sila setia dengan kami....

Kami menyayangi En.Fail-En.Fail....sepenuh hati.....sepenuh jiwa....
Macam-macam dah kami lakukan untuk En.Fail...
Agar mereka nampak hensem dan gagah

Puan Fail milik Ahmad Shamimi tgh makeup lagi


SELAMAT DATANG KE BILIK BPSM 221
KAMU BERLIMA SEBAGAI KAUNSELOR PELATIH
SEDIA MEMBANTU ANDA




















p/s : creadit untuk mohd ilham..kerana telah menyumbangkan fail beliau kepada cantik.....

KisaH TulAng Rusuk.............Lelaki dan WaniTa

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.


Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya....

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.

Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.

Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai
menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak 'Kamu tidak cintakan saya lagi!!!'.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 'Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!'

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi
seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

'Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi....

Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing' .

Lima tahun berlalu..
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz ' Selamat tinggal..'


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai
dengan sepenuh hati...

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,
apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W





asal aku tbe2 post entry nie........mesti ada yang kata aku gila meroyan....aku dapat msg nie tadi....


" We r over!(!_!), cukup la setakat ni hubungan kitaorang..tima kasih jadi kaunselor aku"


aku rasa aku tal layak bicara soal ini...aku pun tak mampu nak jaga hub aku...apa pun....sabar...klu kamu dari TULANG RUSUK dia....dia tetap MILIK kamu.........

Friday, July 23, 2010

NamA SaYa NaZiRatuL Ain.....

cermin mata itu menjadikan saya nampak macam budak baik kan.

Wednesday, July 21, 2010

BISKUT

Kalau boleh bagi...saya bagi awak.....
masalahnya bukan senang..
INGAT DIA???
memang ingat...tapi itu tak bermakna saya masih mahukan dia....awak juga yang cakap dia adalah kesilapan saya...
AWAK....JANGAN PAKSA SAYA..
kita masih SKANDAL KAN...(awak akan marah saya)



AWAK...................SORRY!!!!!!

Sunday, July 11, 2010

SEM 7

SALAM PERPADUAN...SALAM 1 MALAYSIA..........

Hari kedua aku di hutan sintok...wah ain dah sem 7....bilik baru....roomate baru....roomate saya dari palembang...hehehhe...Rossa Juwita.....sedap nmanya secantik orangnya...harap saya boleh sesuaikan diri dengan dia....RINDU dekat SALWANI...awal sem...mcam biasa lah kelas dan kelas..sape lecture yg mengajar menjadi persoalan...hahaah...sem 7 nie aku ngan shah bukan main semangat ayam...dah ar dtg awal...g kelas... belum apa2 lagi meeting dah menunggu..program dah bersusun...bnyak gak la prog kami.....15 & 16 GBS dan Shah akan ke Chalet Ayu Yan....hujun bulang julai dan awal bulan ogos ada prog ART THERPY...prog yang sangat besar melibatkan kaunselor dari luar sebagai peserta dan ABG saya sebagai PEMBENTANG....harap sangat keje2 pentadbiran boleh dibuat tanpa stress yang melampau..maklumla aku pun ada angin yang x di duga....

Sekarang nie SME BANK dah ada lelaki(anak ikan mak oiii)....lelaki pun muda sgt la...junior semuanya..=).....dalam bus pun dah ada lelaki..rasa pelik bila ada lelaki nie...mknanya kami x leh la berbogel dari blok ke blok...(x pkai tudung dn agak seksi la bkan bogel terus...hahahaha)...tadi dalam bus cantik dudk dengan junior lelaki cina:

Lelaki itu :kelas kat mana ?(sambil pgang jdual)
Cantik: BFPSM..awk punya kelas kat mana?
Lelaki itu : LAB 3
Cntik : dekat BFTM kan.
Lelaki itu : yea...awk tahu kelas awak kat mana?
Cantik : saya sem 7
Lelaki itu : owh..ingat baru masuk


pewh....aku senyum kembang kempis kot..selamat bukan melayu klu melayu mak dah bagi no phone nokkk...hahahahah...susah la orang muka comel nie..semalam pun ada junior yang berlegar2 di BFPSM cari kelas..bila aku nak wat pahala la kan tnya diaorng...diaorang leh wat muka x caye aku sem 7...ceh...payah la COMEL sangat nie....



harap semuanya berjalan dengan lancar!!!!!


Thursday, July 8, 2010

::Date with DYa::

Malam ni tadi aku pergi JUSCO dengan DYA IDRIS dan DYA SHUHADA...g main bowl dan beli tiket wayang cite Twilight...uish FULL wei..ada pun kul 12 a.m....tengok je lah....hahahhaha....lama x jumpa deris...ada la dekat 2 tahun.....uish lamanya....ada lak selalu la aku jumpa....deris rajin datang IPOH...aweknya pratikal sini....suka aku tengok diaorang tadi....deris nmpak sayang ada...sayang sangat2..ada pun sayang deris......hope diaorang bahagia selamanya....entah macam mana tadi cite psal anivesary....kata deris tiap hari raya anivesary diaorang....hahah mengong deris....ada orang yang tak kisah pasal tarikh...tapi ada orang yang sgt alert...ada jugak orang yang buat2 tak kisah tapi kisah dan kantoi(abaikan ayat ni aku ngah perli orang) hahahahha...aku tak sabar nak tgk wayang esok....BULAN awak wajib teman saya...kalau awk tak nak saya g dengan EN.BISKUT....tapi jom la BULAN(sambil peluk kaki)...Sabtu aku dah nak blik HUTAN....sedihnya nak tinggak rumah...=(...........sem baru...azam baru...skandal baru.....hahahah...sume baru tapi malas lama masih ada...Ngantuk lah weiiii....ni la DYA itu...


aku curi gambar dari FB...sebab ko kata anivesary ko hari raya..aku ambik gambar raya....






Terima Kasih atas Malam Yang Indah Ini(asal ayat aku lain mcm je ni...hahah)




bulan says: itu pun nak cite
cantik says: X payah sibuk