Monday, August 30, 2010

SALJI



Rasa macam ada SALJI turun dalam HATI
Biarlah
Walaupun dia datang ikut musim dan ianya akan pergi juga nanti
tapi ianya tetap menyejukkan
HATI ini
SAYANG EN.SALJI

Friday, August 27, 2010

Sem BerapaKAH Naziratul Ain

Junior sem 1: kak ni sem bpe shamsul...sem 3 ke?

Shamsul: kak ni sem 7 dah...senior kita paling tua nie...

Kak cantik : senyum kepit-kepit...♥♥

Junior sem 1: lor ingat sem 3...comel...ceria kak nie...suka tengok...


Pewh....aku rasa nak bunuh diri kot....Naziratul Ain SEM 7 yea...bkan SEM 3..hahahha


apa pun pada adik junior yang sya tkj tahu nama...terima kasih wat saya rasa Muda(~_^)

MaLaM ItU IndAh


Majlis Berbula Puasa Pendidikan(Bimbingan & Kaunseling) 
Kohort 2 Perdana
Di
Regency Hotel



GG dan GBS yang OVER

Selamat Berbuka Awak(^______^)

Abe kata "make bnyok....abe belanjo male nie"


Dalam L.O.V.E ada Air Bandung

With Za yang banyak baju

Terkejut la Sangat





Saya sangat seronok malam itu

"TERIMA KASIH KALIAN"

Wednesday, August 11, 2010

MAAF AKU TERPAKSA BERDUSTA

SEMALAM
Sume orang wat muka terkejut NAZIRATUL AIN tak balik kampung...x sangka la..apa la...macam tak percaya la...hahaah..aku rasa mcam bangga lak....dengan bangga aku jawab GULA HATI di UUM

HARI NIE
NAZIRATUL AIN rasa sayu lol x blik kampung....serius rasa nak nangis....aku benci perasaan nie..GULA HATI pun dah x mendatangkan keseronokkan....bila IDHAM asyik menceritakan keseronokkan berbuka di rumah...aku kena balik IPOH....pedulikan apa orang nak cakap semalam...sume tertipu dengan psikodrama aku...hheheheheh

ESOK
NAZIRATUL AIN akan balik kampung....IDHAM ambik saya yea...




p/s:tjuk entry aku sweet kan...kan...kan....

Monday, August 9, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

Ramadhan datang lagi…Dengan kehadirannya seperti menanti kunjungan kekasih yang dirindui dan dicintai sepenuh hati..Apabila bersua, rasanya tidak mahu berpisah walau sedetik..

Selamat menjalani ibadah berpuasa, bersama-sama kita berlumba-lumba mencari keredaan & keberkatan Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini menjadi penawar kepada dosa-dosa yang telah lalu..seumpana mengutip emas yang bergelimpangan bertaburan turun dari langit… sama-samalah kita manfaatkan ia sepenuhnya kerana mungkin kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita… InsyaAllah.





Selamat Berpuasa

  • Ibu,angah,adik,acu,opah,mak uda,dhia dan danial...keluarga saya...nyawa saya
  • Shah,nita,alang dan judth (jud x(pose pun)....insan yang sentiasa bersama saya sempena ramadhan ini.
  • Kawan-kawan yang jauh dari pandangan mata (sara,shida dan husna)
  • Tak lupa buat kamu semua yang rajin melayan karenah saya..=p




Sunday, August 8, 2010

PAgi yANg cANtIk

JAM:6.38

Aku nak g mandi...dengan rambut yang berserabai....hanya bertuala....ada junior pegang aku dan berkata...COMELNYA KAK AIN NIE!!!!!!..........wah!!!!!! tersipu2 aku malu LOL..... pada kamu yang dah wat pagi sya segar...terima kasih yea...nama kamu pun saya x tahu.....

rambut berserabai macam tue pun dikatakan comel....belum aku makeup 8 inci ag..apa jdi agaknya...wawawawa.....


Wednesday, August 4, 2010

Nota untuk seorang lelaki yang pernah bertaktha di hatii..


Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut... Demi tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya..

Saya telah menolak cinta awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak....

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.... saya tak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak.. Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yg paling dalam... Lemas dan hampir tenggelam... dalam lautan kasih sayang, seribu impian, dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu...

Bagai merpati putih cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati awak... nyata saya tak temuinya..... Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya... awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yg tak mampu saya selam.... disana saya tak mampu melihat cahaya.. Awak beri saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yg menyalakan api dan membakar saya dalam diam...

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yg sebenarnya awak cari.... Tapi jauh disudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tak akan pernah dewasa..... Atau mungkin juga.. awak belum pernah benar2 jatuh cinta pada seseorang... Jadi, selama ini siapa saya dihati awak...????

Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?

Siapa yg memujuk saya untuk membuka pintu hati?

Siapa yg mengajar saya,bahawa Cinta itu perlukan pengorbanan?

Siapa yg memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??


awak.....

Awak mungkin jenis lelaki yg boleh menyintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yg percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkhawinan....

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.......

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yg saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap..

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada disisi saya... setiap saat saya mengingati awak... seumur hidup ini saya mencintai awak...

Awak...

Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya....

'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan bisu buat selamanya....'

'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya, Meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini...(awak tak pernah tahu).

Semuanya untuk awak, tapi satu jer.. yg tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya....

Seseorang pernah berkata,

'If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place.....'

Awak.......

Kerana saya mencintai awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak.... saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yg awak cari.... Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti cinta yang sebenar... supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang.... dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.....

Awak.....

saya percaya pada tuhan yg mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah disebalik semua ini.... dan saya tak akan menyoal... saya juga tak pernah kesal.... sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya.... itu bukan harapan saya... tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan... Dan kalaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yg terbaik...

Ikhlas:
Wanita Yang Pernah Menyayangimu Sepenuh Hati

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________




p/s: aku jumpa nota nie dari se2orang...dalam hati aku cakap...ada perempuan mcam nie..celakeji punya jantan..apa pun nasihat aku yang agak kejam..lupakan dia yang pernah buat kamu derita kerana dia bukan orang yang baik....kamu punya hak untuk hidup bahagia....percayalah kamu akan lebih bahagia jika kamu melupakan dia..=)

Tuesday, August 3, 2010

DEMAM II

Alhamdulilah..hari ketiga aku dah semakin sihat...syukur pada tuhan....hari nie aku mengedik pergi ikut kawan2 aku tempah mkan dan tempah bus..yang seronoknya kan...abg telah buat aku jatuh cinta padanya(hahhahahaha)...tapi x adala rasa macam nak khawin dengan dia...

abg sangat romantik....bukak dan tutup pintu kereta untuk aku...perkara yang simple..tapi cukup buat aku tersentuh....padan la akak pun leh cair dengan abg hehehehhehehe.....oit...boyfren aku tak tentu lagi nak wat macam tue tau.....

Pada kamu semua yang bertanya khabar..memesan makan ubat....TERIMA KASIH.....Hanya TUHAN je mampu balas budi kalian semua.....

Ramai gila budak kos aku demam...demam srtess agaknya...harap sangat prog nie berjaya dan usaha kami berbaloi-baloi....










alang:ain mkan ubat
aku: yea la....(hentak2 kaki)





Monday, August 2, 2010

DEMAM

Dengan Juraian air mata saya nak ucapkan terima kasih pada kalian.

TERIMA KASIH pada JUDITH yang berlari ke blik saya membawa ubat dan bubur
TERIMA KASIH pada IBU yang tak putus-putus telefon
TERIMA KASIH pada ALANG yang mengajak saya ke PUSAT KESIHATAN
TERIMA KASIH pada SHAH yang menghantar ke PUSAT KESIHATAN
TERIMA KASIH pada NITA yang menghantar mesej tak putus-putus
TERIMA KASIH pada NAZRUL HAFIZ yang sangat mengambil berat
TERIMA KASIH pada REDZUAN yang menelefon walaupun saya tak angkat
TERIMA KASIH pada ROSSA JUWITA yang memberi ubat dan menjaga saya sepanjang saya di dalam bilik



kalian buat saya rasa dihargai....TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA....