Tuesday, March 30, 2010

29.3.2010

Babak 1

Nita: pergi makan yong

Aku: tak Nak

Nita: pergila makan…dah la tue

Kak lang: Biar, kalau dia sakit jangan tengok dia kat hospital

Aku: jangan cakap lagi, nanti aku nangis

(hati aku dup…dap…dup…dap…tahan ain jangan nangis..)

Babak 2

Cik mie: Bf ko mana

Aku: tak ada

Cik mie: putus dah

Aku: a’ah

Cik mie: kenapa?

Aku: dia cari perm pandai melukis macam dia, saya x pandai melukis!

Cik mie: apa lagi blah la

Aku: blah da la cikmi

Cik mie: cari bf baru..

Aku: cik mie ada BF? (bashir gelak soalan aku)..eh2…ada calon tak..=)

Cik mie : hahahhahah..cari lain jer

(hati mati)

Babak 3

Aku: masin mulut cik mi

Nita:kenape??

Aku: dia pernah kata aku akan putus

Shah: dah la ain, kat 'U' ni,bkan boleh percaya…ramai lagi orang..yang penting ada rupa sikit, ada ilmu..jodoh akan datang nanti

(tersenyum sorang-sorang..aku pun harap macam tue)

Friday, March 26, 2010

GeLaK

aku ngan kak lang dapat idea tenging tadi

nak makan kat mana?
Anjung..
Anjung Kat mana?
Rahsia...
hahahha(gelak mcam setan)

nak minum apa?
Rahsia
Nak makan apa
Nasi goreng Rahsia
(org yang ambik order 2 gelak besor)










dah lama aku tak gelak

Monday, March 22, 2010

MOTIVASI PAGI

Apa yang perlu dibuat apabila kekasih curang atau mungkir janji? Menangis 40 hari atau melompat-lompat keriangan? Keduanya terlalu ekstem bukan.. Justeru apa kata kita ambil yang dipertengahan. Sedih sedikit itu biasa namun usah dibiarkan berpanjangan. Juga , tak perlulah melompat-lompat bagai ahli gimnastik. Cukuplah sekadar lompat-lompat arnab - riang dalam keanggunan/ke'macho'an.

Mesti ada yang berkata, "cakap senang, realitinya payah". Ya, berkata memang mudah. Lebih mudah dari bertindak. Apapun, ianya memang mudah dilaksanakan apabila kecintaan kepada Allah mendahului kecintaan kepada manusia. Kemanisan iman akan lebih dirasai apabila insan menyintai sesuatu jua membenci sesuatu juga kerana Allah. Dan, orang yang beriman juga sentiasa terdorong untuk berfikir secara rasional dan optimis. Kerana apa? Kerana orang beriman, wawasannya sentiasa jauh kehadapan - melangkaui kehidupan dunia dan alam barzakh (alam kubur). Wawasan hidup orang beriman melangkaui redha semua makhluk: manusia, jin, malaikat, haiwan, tumbuhan, alam semesta dan apa saja kejadian pencipta. Wawasan orang beriman adalah keredhaan dan kasih-sayang Allah, pencipta segala kejadian, penguasa sekalian alam.

Secara logiknya, ada banyak sebab untuk terus berbahagia jika insiden ini berlaku. Pertamanya, dari aspek psikologi, mungkin kita boleh mengguna-pakai 'the law of contuinity' - tingkahlaku seseorang pada hari ini, akan mempunyai kesinambungan dengan tingkahlakunya pada masa akan datang. Jika hari ini dia curang kepada anda, tidak mustahil dia akan curang lagi buat kali kedua. Jika hari ini, dia tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankan anda dari tekanan keluarga, rakan-rakan atau sesiapa saja, sampai bila-bila pun dia takkan mampu untuk mempertahankan anda. Jika hari ini dia tega meninggalkan anda begitu saja, tidak mustahil dia akan melakukan perkara yang sama. Bukankah ianya lebih mudah untuk anda tangani sekiranya anda belum mempunyai sebarang ikatan dengannya. Dan, bukankah situasi ini jauh lebih sukar dan menganggu sekiranya ia berlaku setelah anda berumahtangga, mempunyai cahaya mata atau mungkin telah meninggalkan kerjaya lumayan anda kerana si dia. Bukankah itu mungkin bermakna anda terpaksa naik turun ke mahkamah dan membuang sekian banyak masa dan tenaga? Justeru, bukankah ini bermakna anda perlu berterima kasih kepadanya kerana sudi menunjukkan 'wajahnya yang sebenar' lebih awal?

Apapun, usah terlalu risau sehingga memudaratkan diri. Ayat 'skema' yang selalu dikatakan: setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Walaupun ianya ayat klise, namun itulah falsafah yang menguatkan jiwa dan mendorong manusia menjadi lebih bijaksana dalam kehidupannya.

Sebenarnya, banyak lagi alasan logik lain, namun cukuplah sekadar yang ini dahulu. Apapun, anda tidak rugi apa-apa, sebaliknya si dialah yang rugi kerana kehilangan anda yang sungguh baik lagi bijaksana itu. Aha! Betul kan... :)

AIN SANGAT SUKA DENGAN TEKS INI..MANA DAPAT PUN ENTAH LA…TAPI SANGAT MEMOTIVASIKAN AIN..

KISAH DIA & KAMU

Salam….semalam hati aku pecah lagi….tapi kali ni sisa-sisa kekuatan sangat kuat…air mata pun tak menitis..Tahniah ain, kamu sudah kuat…aku pun pelik dari mana datangnya kekuatan sebegitu rupa…bila kita asyik ditipu perkara yang sama hati ini sudah kebal..AKU REDHA.. aku dah jangka pun benda nie akan jadi…bagi aku 2’2 salah…arhhhh persetankan nk canang salah orang…hentikan HELAH BELA DIRI tue…salah aku sendiri..

Mulanya rasa macam nk GILA….jgn jdi bodoh nk GILA sebab Lelaki yang belum tentu boleh bawa kita menuju syurga(aku kalau berkata-kata memang dasat)…ingat kamu masih ada PENCIPTA…ini takdir aku, aku kena terima…tuhan uji hambanya yang mampu…ingat tu AIN…aku masih ada IBU, aku masih ada ADIK-ADIK aku, aku masih ada KERJAYA,aku bakal CIKGU, & aku masih ada KAWAN-KAWAN…aku masih ada semuanya..aku mungkin hilang separuh jiwa(macam lagu anang) tapi aku masih ada jiwa yang selamanya dengan aku..jiwa yang tak pernah mengkhianati aku...kata ibu “dah kak yong, biar dia dengan perm tue…jangan kacau dia, kita semua lupakan dia mulai hari ini”…KITA SEMUA…semua orang tak akan ingat dia sangat kecuali aku nie…

Macam mana yea nak aku lupakan lelaki yang 4 tahun sebelum ini aku ingat hari-hari…susahnya nak lakukan benda tue…banyak benda aku terkilan menjadikan aku sangat kuat…tapi aku wanita biasa(lagu kris dayanti nie)…

berkawan la dengan saya, Jangan buang saya dalam hidup awak!!

kadang-kadang aku rasa lelaki ni gila apa...ckap macam x berfikir...hurm...tak perlu nk bina kebahagiaan atas penderitaan orang lain...awak kejar la bahagia awk...

Malam tadi macam-macam aku pikir…perm tue KAYA, dia ada segalanya…kalau aku pun, aku pergi ke perm tu…huhuhu…bukan wang yang jadi ukuran katanya…hohoho…memang wang bukan segalanya…tapi segalanya memerlukan wang…dia baik, dia faham awak...saya ni jahat la…x faham awak…herm mmg saya bukan perm yang sangat baik…tpi memiliki awak adalah perkara terbaik dalam hidup saya, saya tak pernah menyesal pun…saya REDHA…ini TAKDIR saya..Cuma entahla sya juga bisa rasa sedih… awak cerita dia macam sangat sempurna…CANTIKBAIKKURUS…memahami awak… apa yang diceritakan semua baik-baik…kadang-kadang macam rasa sya ni jahat sangat je layan awak, tak pernah ke saya lakukan kebaikan utk wawl..…orang tak tahu cerita sebenar akan rasa saya kejam…tapi kalau orang tahu cerita sebenar orang akan tahu sape yang lebih DITINDAS..awak pun tahukan sape yang lebih teraniaya…hahha…ain, bla ko nk kurus…wakkakakka…ko tembam pun comel la ain(ayat nak sedapkan hati sendiri hahahhahah)…dah la awak jangan mintak maaf, jangan rasa bersalah…Cuma satu benda yang saya perasan awak dan dia suka sangat mintak maaf…maaf tue dah macam mainan bagi awak ber’2 …tak ada sape yang salah…curang, itu ayat yang paling sesuai....saya tahu awak dan dia akan baca blog saya…hanya dengan blog ini awak tahu perkembangan diri saya(perasan ko ni ain)…tak apalah at least saya ada pembaca…blog ni coretn peribadi saya…jadi hak saya nak tulis apa yang saya suka…

Rasa tenang sedikit…aaaaaaaa….i need my ibu…

Awak, satu je pinta saya…izinkan saya jumpa awak sekali je…ada benda saya nak bagi kat awak..saya tak nak simpan benda yag bukan milik saya..datangla jumpa saya..awak boleh bawak dia…=)

Haish…ain dah single dengan rasminya…aku kena cari blik skandal-skandal yang lama dulu ni..hahhaha…agar hidup ini terisi dan berwarna-warni…(ko sedih ke tak ni ain sebenarnya)..sedih la jah oiii…tapi nak wat macam mana tak akan nak menangis & menitik air mata 24 jam…aje yang gila…hahaha…main-main ko AIN..main-main..…

To hazrena hashim and yahya mat(gila berani mati, mention nama)

Saya tak pernah salahkan awak berdua, korang memang dah berjodoh, tak apalah…jangan rasa bersalah yea... nanti kahwin ajak tau..ain bagi hadiah besar punya…

KITA BUAT ORANG, ORANG AKAN BUAT KITA...JANGAN ANIAYA ORANG LAIN...

AIN..baik ko stop menulis sebelum ko lagi merepek DAN ada pihak yang saman kau…BERHENTI...ingat hidup ini ada pembalasan....

Friday, March 19, 2010

J.A.T.U.H

LATTOP AKU JATUH
HATI AKU BERDEBAR GILA
-harap ko ok jah(nma lattop aku)...jgn wat hal yea, aku ada setahun lagi kat sini-

Monday, March 15, 2010

MaCaM-MaCaM CeRiTa

Lama tak menaip, maknanya lama juga tak menulis mengikut kata hati…aku semakin mempunyai masa untuk diri sendiri..itu bukan bermakna aku langsung x ada benda yang kena buat. Sangat banyak yang harus diselesaikan…arhhhhhhhh..mcm mana nak mula…asement en.nizam dah hantar, serius rasa macam nak muntah taip skrip..bayangkan nak gelak lagi, mna nak nak ingat dialog lagi, mana nak menaip lagi.. aku gelak dulu dekat setengah jam kot bila tengok sesi tu balik hahahah…sungguh lawak wei… sume kawan2 mengadu kematu jari-jari menaip hahaha..apa pun pengalaman la..asement cik suzila…erm saya x ada ahli kelompok lagi…tbe2 rasa asal la adik beradik aku bukan sepuluh orang..kan senang wat kelompok..hahha..idea aku tak relevan..

Cena boleh pulak bergaduh dalam FB, aku pun pelik c.atun tu, x faham ke makna gurauan dulu tak kisah pun kami berguarau sekarang sentap lebih-lebih…yang tak leh blah kawan dia menyibuk nak mampus tue…**** punya *****…siap main mak bapak…habis jugak la semalam sume bdk2 jalil bersidang memaki balik perm tue… aku x maki..cakap dengan bijak..aku malas ar nak gduh-gduh nie…lantak la nak wat apa…bagi aku 2’2 salah…cena hanya nak bergurau..atun pulak x leh bergurau..apa pun aku tetap sokong ‘sayang’ aku..(cena). Macam-macam jugak la kata-kata makian yang ada di wall nyna tue… TQ kepada kawan-kawan(baha,lani,dris,ada,zana,cda,luwi,katak hijau, gma,ca’a dan nma-nma yang aku x brape nk ingat) yang menyokong cena…NA, kalau dia banyak bunyi lagi, kita tangkap dia lepas kat perogol..hahahhah.

Kepada EN. R*s*L….

Selamat pengantin baru…tq jgak atas jemputan…saya tak dapat hadir…tapi saya doakan awak bahagia…kita tak ada jodoh…awak doakan saya dapat jodoh yang baik yea…tq baca blog saya…agaknya kalau awak tak baca blog saya…mesti awak tak msg saya kan…sekarang saya hanya ‘ADIK’ awak…huhuh…’ADIK’ x kisahla apa pun…saya pernah kenal awak…saya suka soalan awak tanya tadi

“awak masih ingat & tunggu dia?"

“Yea”

“X rasa rugi?”

“X”

“Sampai Bila?”

“selama-lamanya awak, saya tak pernah lupa dia”

“tak replay”

“awak..diam je…saya salah cakap ke??? Apa pun enjoy dengan kehidupan yang akan datang…saya doa yang terbek utk awk dan hidup awk..muahx abg=)"

huhuh...aku agak rasa kehilangan la dia akan berkahwin...bukan cemburu..tapu ntahla sukar nak dikata melalui kata-kata...aku bukan tunggu dia...tapi mencari masa untuk berfikir dan beri ruang pada diri masing-masing...hati aku masih mahukan dia...cuma biarlah takdir menentukannya...aku sayang dia...SELAMANYA..tapi kalau dia bukan jodoh aku...aku REDHA..€.

Adik aku nak beli lattop…dialog aku dengan iwan

“k.yong nak beli lattop apa ni”

“ beli lattop kecik yang x ada cd driver”

“tak leh tgk cte blue’s”

“****’s”

“bagitau ibu kamu cakap bukan-bukan”

“hahahhaha”

I’m miss my ibu, my idham, my dhia, my e’e, my acu, my dnial, my mak uda…….RASA NAK TERBANG BLIK IPOH….

Tahu tak…jj dah dapat baby gurl…Tahniah jj, kmu adalah jadi PAPA yang pling awal antara kawan-kawan kita…baby gurl tu diberi nama PUTERI NUR AINA INSYIRAH...nama aku naziratul ain…aish….dekat-dekat tue….hahahha…

To PUTERI

Jadi anak yang solehah, aunty ain doa moga kamu jadi insan yang berguna…berjaya dunia akhirat…dan comel macam aunty….amin….

Thursday, March 4, 2010

TerINGAt DiA




Dengar lagu ni memaksa hati aku untuk menerima kenyataan
kenyataan...apa kenyataannya???
Dia yang tak nak aku...atau hati aku yang tak nak dia
mengharap dia akan terus begini agar satu masa hati aku memilih dia

Tuesday, March 2, 2010

~~MASA~~

Asal AIN sangat SIBUK sekarang...mcm-mcm bnd kena buat...mcm-mcm benda kena SIAP.... saya perlukan MASA untuk dri saya sendri....rindunya nak RELAX...