Thursday, May 16, 2013

Hari Guru Pertama

Selamat Hari Guru

Hari Guru Pertama saya setelah hampir setahun bekerja

Dari Jinjang ke Ibrahim Yaacob

Tranformasi yang benar-benar mengujakan

Akhirnya saya temu diri saya disini

Syukur pada Ilahi... Dia tahu yang terbaik untuk aku

Pada hari guru bkan aku yg ptt diraikan

Tapi mereka yg mnjadi guru aku

Pensyarah yang akan aku kenang selagi hayat dikandung badan

Terima Kasih cikgu


Intuk anak-anak..

Kejarlah impian gapai cita-cita

Itu kepuasan untuk cikgu




Salam sayang,
Cikgu ain

Thursday, November 15, 2012

AWAL MUHARAM DAN SEGALANYA


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

SALAM AWAL MUHARRAM

SEMOGA AIN MENJADI MUSLIMAH BERIMAN DAN CANTIK


Hello...Hello...Hello

Fuh...fuh...tiup habuk sikit

Dah lama tak menulis, dah lama sangat

Alhamdulillah

Dengan izin dari YANG ESA

Saya sudah 6 bulan bekerja

Berkhidmat di SMK JINJANG.

Nun jauh di Kuala Lumpur

Hidup di tengah-tengah kota

Menuntut saya supaya pandai membawa diri

Semoga saya terus diberkati

Diberi Kekuatan menempuh bebanan dan cabaran bekerja

Bukan mudah mahu dapat sesuap nasi

Bukan mudah mencari rezeki

Baru saya faham

Kenapa saya kena berjimat cermat






Wednesday, May 16, 2012

JABATAN PELAJARAN NEGERI W. PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR









ALHAMDULILLAH....WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Syukur, doa saya setiap malam tuhan dengar dan makbulkan. Teringat lagi waktu semua orang sedang bergembira cek tmpt posting..Saya diulit mimpi indah..Akhirnya shah coll dan saya dengar, Ain ko dapat KL....huhuhuhu terus menjerit dalam rumah....tgk hp kwan2 da msg dan coll....saya yang terakhir rupanya hahahahah 

Bersyukurnya saya dapat di sana, saya nak merantau ditempat orang...Memang saya berdoa saya tidak posting diperak....Anak perempuan tunggal yang degil dan kak yong yang garang itulah saya, saya akan bergaduh dengan ibu kalau duduk dekat....biasalah orag tua, kadang ada yang kita buat tak kena dimata kita, egitu juga sebaliknya...kata orang duduk jauh bau bunga, duduk dekat bau taik...saya sokong pepatah tue

Kuala Lumpur...macam-macam saya fikir, bolehkah saya hdup disana, saya nak duduk dengan sapa..pergi sekolah naik apa, haih tapi bak kata ibu,  kita akan selesaikan sama-sama.IBU adalah orang yang paling teruja. Bayangkan ibu yang mengutip baju-baju saya untuk dibasuh dan dikemas di dalam beg..OH, saya rasa tak sepatutnya ibu yang kemas beg saya sebab saya sudah berumur 25 tahun. Tengok ibu basuh baju, dan lipat elok2 masuk dalam beg buat saya tersentuh...ibu juga yang menjahit kancing-kancing dan butang-butang yang tercabut. Saya rasa nak nangis nie huhuhuhuh SAYA MEMPUNYAI SEORANG IBU YANG HEBAT...Semoga ibu saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...mungkin ibu teruja apabila anak sulung mahu bekerja....rasa baru semalam ibu hantar saya ke UUM

Tinggal beberapa hari lagi saya berada dirumah...Lepas tu saya akan menghadapi dunia sebenar...semoga lancar semuanya....DOAKAN SAYA









Sunday, April 29, 2012

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.



ALHAMDULILLAH

Rasa yang tak mampu di ungkap dengan perkataan

Dengan izin ALLAH

Segala Usaha dan Doa membuahkan hasil

Menitik air mata tatkala membaca yang saya BERJAYA

SUJUD SYUKUR

Kalau la Arwah Ayah masih ada

Mesti Dia Bangga

Ayah, k.yong da berjaya jadi cikgu =')

Penempatan belum tahu lagi

Tapi saya dengan rasminya sudah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Saya sudah bersedia untuk di hantar ke mana sahaja

penat sudah menganggur

TAHNIAH SUME



TERIMA KASIH

Pada semua orang yang memberi semangat




Wednesday, April 11, 2012

Hari Ini Dalam Seajarah (11.4.2012)


Selama 25 tahun
Aku tak pernah buat kerja nie
Busuk
Geli

Hari ini
Pecah rekod untuk diri sendiri

Aku
SIANG IKAN
Ikan Tamban
hahahahahhaah
TAHNIAH AIN
Dah boleh khawin ni

Tapi pipi ikan 2 agak  senget la
huhuhu

Walau asyik ciom tangan
Walau geli gelemen 
Tapi dah berjaya

Selama 25 tahun nie
Aku tak pernah siang ikan je
yang lain saya buat okey
Cuma ikan jer
Mak geli sikit


Mesti ada yg maki aku kata ni pun nak cite
Suka hati sayalah nak cerita apa
Tak suka, Jangan Baca

Sunday, March 18, 2012

MELARIKAN DIRI vs MENGELAK

Jumpa Lelaki Gila seks korang nak wat apa
Korang nak MENGELAK ke? korang nak MELARIKAN DIRI?

Tak boleh terima bila ada orang cakap
'rilex la ain, aku tahu la nak Mengelak kalau dia nak buat pape, tak leh la ain nak tolak, dia hensem'
ko dah tahu dia SETANNNN
ko nak pergi lagi serah diri
memang kalau ko kena ROGOL
aku nak ucap TAHNIAH
BOLEH???

Tak tahu la, aku yang terlalu kolot atau engkau yang terlalu moden
sebab kalau aku

Aku akan MELARIKAN DIRI
tak payah jumpa, tak payah keluar
kalo setakat hensem boleh bawak masuk syurga ke?
yea, aku bukan budak baik
aku tak pakai tudung labuh atau baju lengan panjang
aku jugak bersosial dan kawan baik aku ialah lelaki
aku pernah bergurau lucah dengan kawan-kawan
aku bermulut lancang

TAPI
Manusia itu dikurniakan akal fikiran kan..
kalu lebih tua dari aku
kau boleh berfikir

Kau ada hak nak tentukan hidup kau
Berfikirlah
Aku bukan nak menyibuk
tapi aku rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan kau
Tapi
Hak kau untuk mendengar dan mengabaikan

SEMOGA KAU SENTIASA DILINDUNGI


Wednesday, March 14, 2012

Temuduga SPP

1.3.2011, Khamis

Tarikh keramat, saya ,kak lang dan beberapa kawan-kawan lain ditemuduga...haih, 1001 perasaan dalam hati, 2 minggu hidup macam orang tak normal kerana memikirkan temuduga itu, alhamdulillaha tuhan permudahkan urusan saya dan kawan. pada mulanya saya dan kak lang akan ditemuduga sekali, tapi sebab beberapa sebab, saya dapat kumpulan 5 dan kak lang 6. Agak runsing bila fikir tak sekumpulan dgn my besties, rupanya ada hikmah.

Saya masuk dengan 3 orang bdak UPSI, seorang budak UPM. 2 orang pemegang ijazah kelas pertama. agak hilang fokus bila fkir kehebatan pemegang ijazah kelas pertama tu, tpi ingat pesan shah, jangan hilang fokus. Segalanya berjalan lancar, masing-masing ada kehebatan masing-masing. saya tidak rasa saya lemah.
Soalan yang ditanya langsung tak berkaitan dasar-dasar, berfokus pada kaunseling. Syukur, Tuhan dengar doa saya sekali lagi. tak putus-putus saya berselawat pada hari kejadian. thanks to shah yang banyak memndengar keluhan, thanks to alang sbb teman saya malam tue.

Rasa nak jerit kuat-kuat lepas temuduga tu, bayangkan saya menangis 2 kali sebab sangat takut(terasa naziratul ain sgt gegurl waktu nie, hilang terus gagah perkasa 2 huhuhuhu), mesej my b judith sebab takut sgt. Rasa macam nk di viva lagi sekali. terima kasih pada ayahnda cik mie kerana semangat, prof makzan kerana tips-tips dan kawan-kawan yang mesej good luck,  Tiada kata dapat saya luah. yang paling penting Ahmad Shahmimi kerana menjadi sahabat yang paling memahami, menasihati agar membaca, memberi keyakinan walau jauh serius rasa mcam shah ada kat tepi masa nk temuduga. love u semuaaaaa =")

Sekarang, menunggu keputusan temuduga, mohon semua doakan untuk saya, bak kata k.lang, hakikatnya ada yang dapat, ada yang kandas. Tapi doa saya, semoga adik beradik saya lulus. Kita dah lama tunggu saat ni kan. Insyaallah, rezeki alah tu sentiasa ada. moga alaah mudahkan jalan kita.

Mula-mula susah nak fikir positif, sebab saya tiada rasa, saya tak rasa saya dapat, saya tak rasa saya kandas.tapi yakinkan diri yang kita dah buat yang terbaik kan.







p/s: en, saya dah hapdet!(hanya en. je faham kan hehehhe)